Assalamualaikum kepada semua yang sedang membaca 'post' saya ini.(:
Hari ini seperti biasa sahaja.Tiada banyak perkara yang berlaku.Guru Matematik saya tidak hadir di kelas pada hari ini.Ramai orang berkata yang beliau sakit.Kasihan dia.Saya harap dia akan sembuh.
Esok hari ialah hari lahir bapa saya!Dia akan menjadi 43 tahun.Akan tetapi,bapa saya tidak percaya akan hari-hari lahir begini.Adalah,kepercayaan beliau sendiri.Saya tahu,esok mesti ada sesuatu bunyi yang akan berkumandang di sekitaran Singapura.Dan bunyi itulah yang selalu menandakan hari itu hari lahir bapa saya.
Hari lahir ibu,adik perempuan serta adik lelaki saya yang bongsu akan tiba tidak lama lagi.Kadang-kadang,saya terfikir juga,masa berlalu begitu cepat sekali.Daripada bila saya masih bayi hingga sekarang bila saya 14 tahun,saya rasa masa berlalu dengan cepat.Mana tahu,sekejap sahaja saya akan berada di dalam Menengah Empat dan bakal menduduki peperiksaan GCE O.Saya gentar.
Saya gentar juga apabila mendengar khabar angin tentang Hari Kiamat akan datang tidak lama lagi.Saya takut.Saya belum bertaubat sebaik-baiknya lagi.Allahualam.
Ok.Sampai di sini sahajalah 'post' Melayu saya yang kedua ini.Sehingga kita berjumpa lagi!(:
wani-puked at
8:37 PM
wani-.
14.
muslim.
crescentian.
1g3'04.
2g3'05.
21041991.
loves:-
GOD.
family.
friends.
animals.
sweet stuff.
making blogskins.
play laptop.
red.
black.
hates:-
bugs.
hats.
backstabbers.
bitches.
annoying bastards.